Tanda-Tanda Lelaki Dicintai Oleh Jin Betina | Ada beberapa tanda atau simtom menunjukkan seseorang lelaki itu dicintai oleh Jin betina atau disebut oleh perawat Islam sebagai Jin Asyik. Mari kita bersama-sama mendapatkan kefahaman tentang perkara ini.
1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.
2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.
3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya).
4. Anda suka bersendirian berjalan malam.
5. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.
6. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.
7. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.
8. Anda mungkin selalu didatangi perempuan yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga. Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih…
9. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.
10. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata. Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’ itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya. Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.
11. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.
12. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.
13. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan. Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.
14. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.
15. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.
16. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda. Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula ‘orangnya’.
17. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.
18. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya. Soalnya, selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.
19. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman. Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.
20. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki dan sebagainya.
Sekiranya anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat. Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda. (Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)
Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina. Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan kepala.
Cara terbaik untuk menghindari dari dicintai dan dipengaruhi oleh jin betina atau jin asyik ini ialah dengan memperbanyakkan amalan agama, tidak tinggal solat, rajin membaca al Quran, sentiasa berzikir dan sentiasa dalam keadaan berwudhuk.
Elakkan dari menyimpan atau menggunakan benda2 pelik seperti barang-barang lama, cincin yang dijampi serapah, mempercayai perkara khurafat, melakukan amalan syirik dan jauhi perkara-perkara yang ditegah oleh agama.
0 comments:
Post a Comment