Propellerads

IS Cuba Culik Saya, PM dan Hishamuddin



IS Cuba Culik Saya, PM dan Hishamuddin


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri  hari ini memberitahu Dewan Rakyat, terdapat cubaan untuk menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan Daesh.

Kumpulan pengganas tersebut turut menjadikan beberapa orang pemimpin tertinggi negara sebagai sasaran mereka untuk diculik.

"Kumpulan ini (Daesh) turut menjadikan beberapa orang pemimpin tertinggi negara sebagai sasaran mereka untuk diculik.


"Pada 30 Januari 2015 seramai 13 orang dengan elemen Daesh telah merancang untuk menculik pemimpin termasuk perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Abdul Manan Ismail (BN- Paya Besar) mengenai kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menggagalkan plot rancangan serangan pengganas IS di negara ini.

Sementara itu, Zahid juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa terdapat beberapa cubaan serangan yang dilancarkan termasuk cubaan untuk mengebom Putrajaya dan sebuah bangunan di Bukit Jalil pada April 2015.

Malah, anggota parlimen Bagan Datoh itu juga memberitahu, 11 militan juga didakwa cuba untuk memusnahkan pusat hiburan, pusat maksiat dan perjudian di Kuala Lumpur pada April tahun lalu.

Mereka juga cuba merompak van keselamatan yang membawa wang dari Genting Highland, tambah Zahid.


Menurut Zahid lagi, cara pelaksanaan yang dilakukan oleh kumpulan pengganas itu termasuk cuba untuk mencuri senjata api dari kem tentera, merompak wang dan membuat bahan letupan.

"(Bagaimanapun) tidak ada cawangan Daesh di Malaysia," katanya yang turut menyatakan bahawa percubaan-percubaan yang telah dilakukan pada tahun lalu itu dibuat oleh kumpulan yang mempunyai elemen Daesh.

Selain itu, Zahid juga memberitahu tentang kejayaan program pemulihan 'deradicalisation' oleh kerajaan apabila 97.5 peratus pengikut Daesh serta pengikut lain-lain kumpulan militan telah pulih.

Zahid juga mendedahkan, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang pergi ke Iran dan Syria dengan harapan mereka dapat memegang senjata dan pergi ke medan perang tetapi akhirnya menjadi pencuci tandas dan tukang sapu di jalanan.

sumber
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment