Datuk Seri Najib Razak Menjadi Penderma Organ
Secara diam-diam Datuk Seri Najib Razak rupa-rupanya sudah menyatakan ikrar menjadi penderma organ.
Ia hanya diketahui melalui kemas kini status beliau di Facebook awal petang ini.
Melalui akaun rasmi beliau, perdana menteri berkata amalan menderma organ boleh membantu menyelamatkan nyawa orang lain.
"Sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ hari ini, saya harap lebih ramai akan turut serta. Saya sudah berikrar, anda bila lagi?" tulis beliau.
Turut dipaparkan pada status itu adalah sekeping kad - lengkap dengan logo 1 Malaysia yang mengesahkan beliau memberikan ikrar sedia mendermakan organnya.
Pada kad itu juga terpapar perkataan Pusat Sumber Transplan Nasional di Hospital Kuala Lumpur.
Seperti biasa, setiap pos perdana menteri cepat mendapat reaksi pengguna Internet.
Sehingga jam 4.50 petang ini status berkenaan mendapat lebih 2,200 like dan dikongsi lebih 100 kali.
Komen orang ramai juga tidak kurang menariknya.
Idzwan Fahmiezal Abdul Rahman misalnya menulis: "Untung yang dapat organ Datuk Seri... Automatik berdarah pahlawan.. Kipidap".
Farish Evans pula menulis: "Teruskan usaha Datuk Seri membela rakyat, abaikan komen yang negatif. #isupportyoudsn #umno4ever".
Pemilik akaun Hairul Azhar menulis: "Siapa yang bertuah dapat organ pahlawan Melayu ni?"
Faith Syafirah menulis: "Tahniah Datuk Seri. Suka menderma dan menerima derma"
SUMBER
0 comments:
Post a Comment