MALAYSIA Akhirnya Menandatangani TPPA
Baca sini : Apa Itu TPPAATLANTA, Isnin – Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) telah ditandatangani oleh 12 negara terbabit, lapor beberapa media antarabangsa.
BBC melaporkan persetujuan dicapai selepas perbincangan 5 hari di Atlanta, Amerika Syarikat.
Perjanjian 12 negara termasuk Malaysia, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam, Amerika Syarikat dan Jepun.
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memberitahu pemberita, keputusan ini adalah satu perkara yang besar bukan hanya kepada Jepun tetapi juga untuk masa depan Asia Pasifik.
Baca sini : Apa Itu TPPA
Portal itu juga menyebut wakil perdagangan Amerika, Michael Froman mengumumkan keputusan itu dalam satu sidang media di Atlanta pada jam 2.20 pagi.
Bagaimanapun, teks perjanjian untuk umum masih belum disiarkan. – Agensi
Baca sini : Apa Itu TPPA
sumber
0 comments:
Post a Comment