Propellerads

Bas Penyokong Pasukan Perak Diserang Dengan Pelbagai Objek Selepas Perlawanan JDT VS Perak

Bas Penyokong Pasukan Perak Diserang Dengan Pelbagai Objek Selepas Perlawanan JDT VS Perak



IPOH - Seorang penyokong bola sepak Perak cedera apabila salah bas yang membawa penyokong pasukan bola sepak itu dibaling besi dan pelbagai objek lain oleh sekumpulan individu di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Machap, Johor.

Dalam kejadian kira-kira jam12.30 malam itu, tiga buah bas tersebut membawa penyokong pasukan Perak bertolak dari Stadium Larkin pulang ke Ipoh setelah tamat perlawanan.

Wakil penyokong Arfaeez Abd Rahman, 25, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, ketiga-tiga bas yang membawa 118 penyokong itu baru bertolak dari Stadium Larkin di Johor untuk pulang ke Ipoh.

Menurut wakil penyokong, Arfaeez Abd Rahman, pada mulanya mereka diekori oleh sekumpulan individu yang menaiki kereta dan motosikal sebelum dibaling dengan pelbagai objek.

Tambahnya lagi, sebaik sahaja bas-bas mereka memasuki lebuh raya, sudah ada kumpulan lain yang menunggu di setiap persimpangan dan membaling pelbagai objek seperti batu, besi dan kayu.

"Bila tiba je di persimpangan Machap, satu besi dibaling dan terkena cermin hadapan bas dan masuk ke dalam bas serta terkena salah seorang penyokong mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.

"Kami terpaksa minta bantuan polis untuk iring kami sebelum memberhentikan bas di tepi lebuh raya,  dan untuk ambulans bawa mangsa ke hospital," katanya memetik laporan Sinar Harian.

Mangsa yang cedera di dahi itu dibawa ke Hospital Melaka dan menerima 15 jahitan sebelum membuat laporan polis.

Katanya juga, ketiga-tiga buah bas yang terlibat turut mengalami kerosakan akibat kejadian.

Sumber
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment