Propellerads

Matawang Jatuh Baik Untuk Industri Pelancongan - Nazri Aziz



Matawang Jatuh Baik Untuk Industri Pelancongan - Nazri Aziz


Menurut Nazri, keadaan ringgit yang lemah juga mendorong pelancong asing membelanjakan lebih banyak wang di negara ini.
KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan kejatuhan nilai ringgit adalah baik untuk industri pelancongan negara.

"Hanya orang gila saja yang tidak memahami apa yang dimaksudkannya ketika nilai ringgit Malaysia menghampiri RM4 untuk setiap AS$1.

"Apabila nilai matawang kita lemah, adakah anda akan ke London? Di mana anda akan belanjakan wang? PD (Port Dickson), Pulau Pinang.

"Sebab itu saya kata, seseorang itu boleh dianggap gila kalau gagal memahami apa yang saya cakap," katanya pada sidang media selepas majlis pengisytiharan Warisan Kebangsaan di Muzium Negara Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menurut Nazri, keadaan ringgit yang lemah juga mendorong pelancong asing membelanjakan lebih banyak wang di negara ini.

"Maka (penurunan mata wang ringgit) baik untuk pelancongan, pelancongan dalam negeri," ujarnya.
Sebelum itu, Nazri ditanya pendapatnya mengenai keadaan semasa ringgit yang ketika ini mencatat penurunan terburuk sejak 17 tahun lalu, iaitu melepasi paras RM3.93 untuk setiap AS$1.

sumber
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment