Propellerads

Iphone Dipulangkan Semula Kepada Tuannya Setelah Setahun Hilang



Iphone Dipulangkan Semula Kepada Tuannya Setelah Setahun Hilang

"Artikel ini dipetik dari facebook dan merupakan kisah benar yang terjadi"

salam, salam 1 malaysia

ade cerita nak share kat korg guys . hari jumaat lepas lepas aku balik kerja ade seorg mamat ni call aku nak pulangkan balik hp(ip4s) adik perempuan aku yang dah hilang lebih kurang SETAHUN lepaas.

walaupun hilang setahun lepas, condition dia masih tiptop and masih nampak baru lagi mcm masa mula2 aku beli.

okey nak dijadikan cerita. Dia terbeli hp ni kat sorg pakcik ni rm600 tapi sebab 4s ni ade ID lock dia cuma bayar rm350 dan pegi ke kedai phone untuk pecah code which mean harga dia rm60 sahaja. masa dia nak pegi pecah code tu org kedai tu cakap ade SOS MESSAGE kat Hp ni. Dia terus Call aku nak pulangkan balik. mulanya aku dah malas dan rasa was-was nak pergi amik balik hp tu sebab mamat ni duduk kat taiping,kemunting. aku pulak duduk KL dan aku pn takda duit nk bayar balik rm300+ disebabkan gaji pn xkeluar lagi, but the best partnya mamat ni. dia nak berkeras juga nk pulangkan balik hp ni sebab dia baca SOS MESSAGE tu ade byk barang peribadi adik aku.

Kebetulan hari sabtu tu aku de wedding nak kena attend kat teluk intan. jadi aku ckp ngan mamat ni, takpe esk kalau aku sempat aku ke taiping jumpa dia. lepas attend wedding kat T.I aku terus drive all the way ke taiping dengan keadaan duit tgh takda. Niat hati klu dia nak minx balik byr rm300+ aku just letgo je hp tu and DELETE ALL data yg ade dlm hp tu.

but surprisingly, lepas aku sampai kat taiping kami jumpe kat stesen bas kemunting(Nasi Kandar Ali), lepas aku discuss dengan dia yg aku memang takda duit nak bayar balik 300+ dan redha je, sebab aku pn serba salah sebab dia da beli hp tu. dan mamat ni dia tetap nak pulangkan balik sebab dia paham dan dia kata takpa klu u takda duit, i tetap nak pulangkan balik sebab nanti i tak tenteram pakai barang tak elok(barang orang) nanti anak isteri i pakai jadi tak elok la. sebabnya dulu dia pernah hilang lori dan jumpa balik. jadi dia cakap takpa dulu i pernah kena mcm ni, sekarang masanya i pulak yg balas. Muliakan Hati mamat ni. sebak rasa hati ni.

tapi aku tetap hulurkan rm50 yg sepatutnyaa nak guna bayar minyak+tol dari Taiping-KL. mamat ni tolak dia kata takpe klu u takda duit. i dah pulangkan pada owner pun i dah rasa lega dan mungkin satu hari nanti Tuhan akan balas kebaikan pada i. tapi aku hulur juga sebab aku cadang nk pinjam duit kwn aku(2nd driver). waktu aku dah start kereta nak balik ke KL aku singgah 7E nak beli air. dia call aku dia kata dia tak sedap hati dia takut aku takda duit nak balik KL dia nk pulang balik rm50 tu. aku berkeras tolak dan ckp takpe i ade duit lagi. tapi dia tetap dtg kat kereta aku pulangkan balik duit aku. dia kata, takpa u amik la duit ni balik KL nanti klu u da sampai KL u da ade duit u bankin kat semula.

sebak lagi rasa hati ni. sebab nak difikirkan setakat rm50 tu apa sangat nk dibandingkan dengan kemulian hati dan baikknya hati mamat ni. ye la kalau diikutkan baik dia pegi pecah code rm60 lepastu guna je hp tu kan.
takpayah dia susah2kan diri dia nak pulangkan balik apa semua. dan apa lagi aku terfikir baiknya mamat ni, dia takda rasa curiga kat aku langsung kan, ye la aku amik balik duit tu. lepastu sampai KL aku Block number dia semua. jadi aku untung kan. tapi tak la aku buat mcm tu. aku bankin balik duit dia.

So, aku betul2 nak ucapkan terima kasih banyak2 dengan apa yang En. Tamil Selvam ni buat. aku pn taktahu nak balas macam mana rasa besyukur dan terima kasih aku kat dia.Aku harap dia dan keluarga dia dikurniakan rezeki yg melimpah-ruah dan gembira selalu. dan kalau u terbaca post ni. Send my regard to all your family members and friends.

FYI, nama dia Tamil Selvam umur 30(but still nampak muda mungkin sebab dia baik hati) berbangsa India, dah kahwin ade anak sorang dan isteri dia tengah hamil anak kedua. dia berkerja sub-contract untuk cleaning service ECONSAVE Kemunting,Taiping.

The End, panjang lagi cerita dia. ni aku summary kan cerita nya.

Thanks Again to Mr. Tamil Selvam
Thank to my co-driver,my kakak Oly rizale sebab temankan drive the whole day.

aku share cerita ni kat korg, sebab aku rasa terharu bila jumpa org yang sangat baik mcm ni. maaflah kalau panjang dan melalut, aku tak reti nak mengarang cerita. dan tak kira la Melayu,India,Cina atau kaum2 lain. kita kan Satu Malaysia. Terima kasih Mr. Tamil Selvam.
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment