Propellerads

BODOH Tak Boleh, BANGSAT Boleh Pulak



BODOH Tak Boleh, BANGSAT Boleh Pulak


Salah seorang artis yang mengaku menjadi ahli Umno membidas Lembaga Penapis Filem sekaligus Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penggunaan kata-kata kesat.

Kenyataan itu dimuatnaik oleh pengarah dan pelakon Afdlin Shauki dalam akaun Facebook miliknya malam tadi.

Afdlin mempertikaikan, dirinya sebagai penulis tidak bebas untuk menggunakan ungkapan “bodoh” dalam dialog filemnya.

Bagaimanapun di luar bidang perfileman ada ungkapan yang juga dianggap kasar boleh digunakan dan dipaparkan di akhbar.

“Hendak tanya kepada Lembaga Penapisan Filem atau censorhip board negara Malaysia.

“Kenapa aku tidak boleh guna perkataan bodoh dalam dialog cerita aku tetapi perkataan bangsat boleh publish sampai keluar suratkhabar?

“Ini tidak adil,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu ungkapan "bangsat" menjadi popular selepas ia digunakan Datuk Seri Najib Razak (gambar) untuk meyakinkan orang ramai bahawa Umno mesti dikekalkan berkuasa di negara ini.

"Kalau tak ada Umno, apa berlaku pada orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap.

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat, kalau tiada Umno, akan hilang segala-galanya jika Umno hilang kuasa," katanya sambutan disambut dengan sorakan hadirin di Perlis pada 23 Ogos lalu.

Setakat tengah hari ini, pandangan Afdlin itu mencecah hingga 22,000 like dan lebih 1,290 komen.

Reaksi Afdlin dalam Facebook itu dimuatnaik ekoran baru-baru ini negara digemparkan dengan ucapan yang mengandungi kata-kata kesat, dilontarkan oleh Najib yang juga Presiden UMNO.

sumber
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment