Propellerads

Dah Lama Kahwin, Xkan Tak Ada Anak Lagi

Dah Lama Kahwin, Xkan Tak Ada Anak Lagi?


Percaturan Allah Yang Tak Pernah Silap!

Status ini buat pasangan suami isteri yang masih blum mmpunyai cahaya mata.

Kadang-kadang kita selalu mengeluh. Si A ini dah kahwin, tak sampai sebulan dah terus melekat. Bunting pelamin la tu. Isteri dia subur, suami dia subur. Kami yang dah lama kahwin, honeymoon sana sini, urut sengkak naikkan rahim segala, yang suami pun tak kurang hebat pun berurut batin juga. Dah ikut jadual kesuburan mengikut nasihat doktor, bersama almost everyday. Bertukar dari pakai spender ke pakai boxer kononnya nanti tahap kesuburan kurang.

"Hmmm.. nampak gayanya tak ada lagi bayang cahaya mata,"

Pernah dengar kan? Kadang-kadang sampai naik segan dengan mak ayah, saudara mara bila balik ke kampung. Tanya mengalahkan reporter, bila kita nak dapat cahay amata. Maka bermulalah sesi tazkirah tak berilmiah.

"Pergilah berurut. Makanlah jamu itu ini,"

Sampai tekak pun naik loya dek makan jamu entah apa-apa.

Mulut orang, buat apa kita nak peduli? Mereka bukannya tahu pun apa yang kita hadap hari-hari suami isteri. Mereka bukan pernah tidur bawa ketiak suami pun. Percayalah, percaturan Allah itu sangat tepat, tak lambat sesaat, tak cepat sesaat. On the right time, dia akan kurniakan jua.

Cuba tanya pada diri kita sendiri, adakah kita betul-betul faham hati budi suami/isteri kita sekarang? Kadang-kadang Allah bagi masa untuk kita mendalami dan memahami perangai pasangan kita. Suami isteri harus mempunyai kesefahaman yang baik, barulah anak-anak membesar dengan baik.

Atau mungkin Allah nak beri kita puas bercinta cintun dengan pasangan kita. Esok isteri dah bersalin, hampir 24 jam isteri dengan anak sebab melekap nak menyusu. Yang kita ini suami terkapai-kapai kesepian di bucu katil. Jadi, di masa belum ada anak inilah masa yang sesuai untuk anda berdating, honeymoon.

Allah tahu, mungkin kewangan kita tidak cukup kuat untuk tanggung satu nyawa yang bakal keluar nanti. Ingat murah ke drypers, susu, makan pakai minum segalanya? Jadi, biarlah kewangan kita benar-benar kukuh. InshaAllah pada masa itu berkemungkinan kita akan dapat apa yang kita nak selama ini.

Biar pun 10 tahun menunggu sekali pun jika sudah ditakdirkan rezeki kita dapat cahaya mata pada masa itu, redha sahaja sebab Allah tidak pernah silap, tidak pernah lupa dan sangat sayang pada hambaNya yang bersabar.

Yang mackcik-makcik, pakcik-pakcik, ipar duai, kawan-kawan pun tolong jaga sensitiviti. Bukan semua orang macam anda. Kahwin-kahwin terus melekat. Jaga mulut, hal anak-anak ini terlalu sensitif untuk ditanya. Kalau perasan, jika ditanya tentang anak, mesti berubah muka pasangan yang sudah lama berkahwin.

Tak salah nak bercerita tetapi berlapik-lapiklah bila bertanya. Tak salah pun nak cuba pelbagai macam cara tetapi beringatlah, jika Allah nak beri, Dia tetap akan beri. Untuk mendapatkan anak ini bukan semudah kita lukis kartun guna krayon atau luna. Jika semudah itu, kita boleh lukis 4 - 5 orang kartun. Perlukan banyak pengorbanan, kesabaran dan penelitian.

Dapat anak, tak dipengaruhi betapa banyak dan pekatnya sperma abang-abang semua tetapi dipengaruhi betapa dalamnya cinta anda pada pasangan. Untuk dapatkan anak juga tidak dipengaruhi oleh berapa ratus skill yang abang-abang praktikkan. Tetapi dipengaruhi oleh betapa infiniti kasih sayang anda terhadap pasangan masing-masing.

Buatlah skill tergolek sekali pun, kalau Allah kata belum tiba masanya, buat penat saja beraksi. Tapi tak salah kalau nak cuba dan ikhtiar. Teruskan berdoa dan jangan pernah berputus asa. Pekakkan saja telinga bila orang bercakap itu ini.

Tahun ini sahaja sudah dua orang cahaya mata kami dapat. Seorang bayi lelaki yang kacak, soleh, (merdeka boy), Heqa Indrawan dan seorang lagi bayi perempuan yang rupawan solehah Aqiesha Iexara (Nuzul Quran Girl). Nak sangat bayi, sekali dua Allah beri sekelip mata.

Nah! Jangan pertikaikan apa yang Allah beri. Bersilat pagi-pagi nak menyiapkan anak-anak, yang si ibu menyiapkan kakak, yang si bapa pula menyiapkan abang. Dua-dua ada cabaran. Di sini, ibu bapa memerlukan kesefahaman yang tinggi. Masing-masing kena bersabar.

Nampak kan? Betapa sayangnya Allah pada kita. Jangan pernah berputus harapan. Jika di dunia ditakdirkan kita tidak mempunyai cahaya mata, percayalah ada sesuatu yang menanti kita di Syurga. Teruskan berdoa. Kalau rasa terkesan dengan perkongsian ini, print siap-siap dan tampalkan di ruang tempat kerja anda, di rumah atau dimana-mana yang anda suka. Baca banyak kali dan tolong doakan semua pasangan di dunia ini mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah. Amin.

Daddy, Aizul Marcello

sumber
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment