Propellerads

Kedai Makan Paling Celaka Di Dunia Diarah Tutup



Kedai Makan Paling Celaka Di Dunia Diarah Tutup


MELAKA - Padah menghamburkan kata-kata kesat kepada pelanggan, gerai makan yang paling celaka di dunia diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Daerah Melaka Tengah (JKDMT) kerana tidak mengamalkan penyediaan makanan yang selamat, semalam.

Gerai yang beroperasi di Medan Selera Pantai Klebang itu diarahkan tutup selama 14 hari setelah pihak JKDMT mendapati gerai itu gagal melepasi tahap penilaian risiko yang memuaskan.

"Hasil pemeriksaan, makanan yang dihidangkan tidak ditutup dan dihurung oleh lalat selain tahap kebersihan dalam peti sejuk beku juga tidak berada pada suhu yang ditetapkan.

"Peralatan memasak seperti papan pemotong daging juga tidak bersih selain pemilik gerai itu juga menggunakan kertas surat khabar sebagai pembalut bahan mentah yang disimpan dalam peti sejuk beku.

Gerai 'Makcik Puaka' itu diberi Perintah Penutupan Premis Makanan Tidak Suci mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan jika mereka melanggar arahan, pemiliknya boleh dihukum penjara lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes gerai ini menjadi viral di laman sosial selepas seorang pelanggan mengadu di laman sosial bahawa pemiliknya biadab dan kurang ajar serta memaki hamun beliau.

sumber
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment