Dulu Gaji I RM1700 Walapupun Bapak Saya Bukan Menteri Tau
Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri (TPM) mempertahankan kenyataan bapanya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau mencabar belia melakukan kerja 3D iaitu ‘dangerous’, ‘difficult’ dan ‘dirty’ jika tidak mahu pekerja warga asing dibawa masuk.
Zahid juga menyatakan belia tempatan hanya mampu bertahan selama sebulan sahaja bekerja di sektor perkilangan berbanding dengan pekerja dari Bangladesh.
“Ingat TPM tu cakap suka2 dia? Ingat dia bercakap sebab dia lahir terus jadi TPM? Dia bercakap dari pengalaman dia. Berbanding dengan zaman 70’s dia, rakyat Malaysia sekarang memang semakin malas n memilih kerja,” tulisnya di Instagram menggunakan akaun @limatangonovzulu, hari ini.
Nurulhidayah turut menceritakan mengenai pengalamannya bekerja dengan hanya menerima gaji sebanyak RM1,700 sebulan selepas menamatkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
“U tak nak tahu berapa gaji I lps (lepas) grad dulu? My gaji was RM1,700 and back than my dad was not even a minister!
“Masa zaman sekolah dulu i curi-curi kerja medan selera kat Jaya Jusco Alpha Angle, Wangsa Maju sebab nak tambah duit poket. Cuti semester i kerja ikut production house cari pengalaman,” ujarnya.
sumber
RM1700?? COBA KAU JADI CLEANER OFFICE, GAJI RM900... HOW DO YOU FEEL???! KAU RASE BERBALOI TAK GAJI KAU DPT UNTUK SARA HIDUP?? PLUSS TAKDE INSENTIF....??!!
ReplyDeleteSudah2 la,jgn jd bodoh bila bercakap.. Nk bgtw skit, nurulhidayah,knp org kata kt nurul, sbb nurul bercakap tk berfikir perasaan org,kedudukan org dan kedudukan sendiri.. ckp baik2 dengan org, baru org ckp baik2.. Penerangan kurg berkelas seperti cik nurulhidayah..
ReplyDeleteAnak bapak
ReplyDelete