Inilah Gaun Pengantin Paling Mewah Di Dunia | Sejak tiga tahun lalu, tukang jahit Gail Be,57, dari Edina di Minnesota, Amerika Syarikat mula mengusahakan sebuah gaun perkahwinan sarat dengan manik terbesar di dunia seberat lebih 181 kilogram dan sepanjang 6 meter.
Baginya, gaun itu merupakan sebuah karya seni dan dia tidak mengharapkan ada pengantin yang akan memakai gaun tersebut. Sebaliknya, dia hanya ingin mempamerkan ciptaan mewahnya itu di muzium.
Mneurut Daily Mail, bagi menyediakan gaun yang dijangka siap sepenuhnya Disember depan, Be mendapatkan bantuan 22 tukang jahit dan menggunakan 995, kaca dan manik kristal yang diperoleh dari seluruh dunia.
“Tujuan saya lakukan ini bukan untuk menjadi kaya. Tetapi ingin menghasilkan suatu hasil seni untuk dikongsi dengan semua orang,”katanya.
0 comments:
Post a Comment