QZ8501: 7 Mayat Ditemui Masih Terikat Di Tempat Duduk | Saat tujuh mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 ditemukan kapal KRI Bung Tomo, kesemuanya masih berada dalam keadaan terikat di kerusi pesawat.
Antara kapal perang Indonesia yang terlibat dengan proses mencari serpihan pesawat dan mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501.
Justeru, kesemua mayat dibawa naik ke atas kapal perang tersebut bersama kerusi yang diduduki.
Perkara ini diceritakan Komandan KRI Bung Tomo, Kolonel Yayan Sofiyan menerusi panggilan telefon kepada portal berita Metro TV, pada Jumaat.
Yayan menjelaskan, ketujuh-tujuh mangsa nahas tersebut didapati berada di tempat duduk dengan memakai tali pinggang keselamatan dan tiga daripada mereka disyaki merupakan satu keluarga.
“Terdapat dua lelaki dan seorang perempuan, satu keluarga kerana duduk berderet satu tempat duduk,” ungkap beliau.
Yayan menambah, terdapat dua mayat lain yang ditemui duduk bersebelahan sementara dua lagi mayat ditemui dalam posisi terpisah.
Difahamkan, KRI Bung Tomo sudah pun melakukan koordinasi dengan KRI Banda Aceh dan Badan SAR Nasional untuk membawa ketujuh-tujuh mayat yang ditemui itu ke Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, pada Sabtu.
Sumber: Metrotvnews
0 comments:
Post a Comment