Propellerads

Saya Tak Nak Komen Apa-Apa ,Berikan Saya Ruang Sekejap - Zizan Razak

Saya Tak Nak Komen Apa-Apa ,Berikan Saya Ruang Sekejap - Zizan Razak | "Saya tak nak komen apa-apa. Saya tak selesa lagi memberi kenyataan. Beri saya ruang sekejap.

"Apa-apa saya akan beritahu kemudian. Cuma buat masa sekarang saya tak merancang untuk memberi apa-apa komen.

"Saya tahu awak buat kerja (merujuk kepada wartawan). Setakat ini memang saya tak boleh jawab apa-apa. Saya ok," katanya yang ternyata mahu mengelak memberikan reaksi perpisahan yang diumumkan Emma Maembong.

Di saat kisah peribadinya menjadi perhatian pada awal tahun baharu 2015, kesnya dengan bekas syarikat turut berjalan saat ini di mahkamah.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, Zizan diuji dengan dugaan demi dugaan. Akuinya beliau percaya semua ini aturan daripada Yang Maha Esa.

"Saya percaya semua ini terjadi ada hikmah tertentu. Apa yang baik atau sebaliknya semua kehendak-Nya.

"Yang buruk itu datangnya daripada saya dan baik itu daripada-Nya. Kita manusia harus kuat melaluinya," katanya.

Mengenai kes mahkamahnya dengan bekas syarikat pengurusan, beliau memberitahu mahu cari jalan penyelesaian terbaik.

"Kalau boleh saya tak nak panjangkan cerita. Kita nak selesai cari baik tapi pihaknya (bekas pengurusan) masih nak bawa hal ini ke mahkamah.

"Ada perkara sulit dan peribadi yang tak boleh saya cerita. Dulu masa buka syarikat bersama sama tak heboh pun jadi kenapa timbul hal begini perlu dikecohkan.

"Saya tak berhak cakap lebih. Ikut saja cakap yang lebih arif iaitu pihak peguam," katanya.
Share on Google Plus

About bradokapak

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment