Bukan Kepentingan Peribadi Malah Bukan Politik Parti
Datuk Seri Nazir Razak menyifatkan situasi politik Malaysia sebagai "masa gelap politik". Beliau juga pengerusi CIMB Bank serta adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau menyatakan demikian melalui tulisan di Instagram dengan memuatkan gambar Tugu Negara.
Nazir menyeru agar masyarakat mengambil teladan daripada pengorbanan anggota pasukan keselamatan itu.
"Dalam masa gelap politik ini, kita mesti ingat untuk mendahulukan negara dan rakyat.
"Bukan kepentingan peribadi, atau kesetiaan peribadi, atau malah bukan politik parti," kata Nazir, yang mengetuai CIMB, kumpulan perbankan kedua terbesar di negara ini.
Kata-kata Datuk Seri Nazir Razak itu timbul ketika abangnya bergelut dengan dakwaan menggelapkan dana hampir AS$700 juta bersamaan RM2.6 Billion ringgit.
0 comments:
Post a Comment