Propellerads

Takkan Lah Saya Nak Menyamun Masuk Akaun Sendiri - Najib



Takkan Lah Saya Nak Menyamun Masuk Akaun Sendiri - Najib


Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang meragui kesahihan laporan Wall Street Journal (WSJ) dihargai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada media di Semenyih hari ini, Najib berkata, ramai yang tidak mempercayai laporan mengenai pengaliran wang dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian beliau di Malaysia.

"Saya berterima kasih ramai juga yang kata tak percaya berita tersebut, termasuk Datuk Haron Din (gambar).  Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan perkara sebegitu," kata Najib.

Kata perdana menteri, dia menjadi mangsa serangan media sosial secara bertubi-tubi kebelakangan ini dengan mengaitkannya dengan menyalahgunakan wang negara.

"Kalau saya nak menyamun pun, takkkan saya menyamun bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itupun saya kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapannya di depan kira-kira 400 orang yang menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Bandar Rinching, Semenyih hari ini.

Dalam ucapannya, Najib juga memberitahu hadirin beliau baru saja mengadakan sidang media untuk memaklumkan beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan memulana proses perundangan terhadap WSJ.

Bagaimanapun mendapati didapati kurang terangsang dengan kenyataan itu.

Semalam Haron menyatakan rasa curiga beliau terhadap kebenaran laporan WSJ yang mengaitkan perdana menteri dengan pengaliran dana 1MDB ke dalam akaun peribadi individu didakwa Najib.

Haron juga berharap tuduhan yang dibuat ke atas Najib itu tidak benar kerana ia melibatkan orang no 1 negara Malaysia.

Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment