Propellerads

DAP Diserang 100 Ahli UMNO Di MASAI, Johor



DAP Diserang 100 Ahli UMNO Di MASAI, Johor


Pengarah DAP Johor, Liew Chin Tong mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menghina parti itu dan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak hari inidiserang Kira-kira 100 orang penyokong Umno yang naik berang.
 
Dalam ucapan tidak sampai seminit pada satu majlis di Taman Megah Ria, Masai, dekat sini, hari ini, Ahli Parlimen Kluang itu antara lain mendakwa orang Umno kini cuba nak menumbangkan Najib.
 
Susulan itu, kira-kira 100 penyokong Umno yang berada di situ bagi memprotes  kedatangan Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang ke kawasan itu, naik berang.
 
Keadaan menjadi kecoh dan berlaku insiden tolak menolak antara penyokong Umno berkenaan dengan Liew dan Lim serta beberapa lagi pemimpin DAP yang hadir pada majlis sesi ramah mesra DAP bersama orang Sabah dan Sarawak tersebut iaitu Adun Pengkalan Rinting Cheo Yee How dan Adun Johor Jaya, Liow Chai Tung.
 
Insiden tolak menolak itu berlaku kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum polis campur tangan untuk mententeramkan keadaan.
 
Akhirnya program selanjutnya iaitu 'Walkabout' di Pasar Borneo dihentikan oleh polis yang meminta DAP membatalkan susulan kekecohan itu.
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment