Propellerads

Datuk Seri Anwar Ibrahim Dimasukkan Ke Hospital


Datuk Seri Anwar Ibrahim Dimasukkan Ke Hospital


Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut dan akan diberi rawatan fisioterapi intensif untuk kesakitan di bahagian bahu, tekanan darah beliau akan dipantau, dan CT Scan akan dibuat ke atas buah pinggang beliau.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi satu kenyataan hari ini berkata, Anwar sudah dibawa ke HKL petang tadi.

"Difahamkan bahawa beliau telah ditempatkan di wad berasingan dan akan berada di HKL untuk beberapa hari.

Difahamkan, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga dibenarkan untuk bertemu Anwar petang tadi.

Bulan lalu, Anwar dimasukkan ke HKL untuk menjalani beberapa pemeriksaan berjadual.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sedang menjalani hukuman penjara lima tahun sejak 10 Februari lalu kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment