Propellerads

Minyak Naik Harga Untuk Selamatkan 1MDB


Minyak Naik Harga Untuk Selamatkan 1MDB

Baca Juga : Apa Salah Minyak Naik Harga, BR1M Kan Ada

Amaran diberikan oleh satu komentar di laman Wall Street Journal (WSJ) bahawa dana Petronas mungkin akan digunakan untuk menyelamatkan 1MDB sekiranya skim pelaburan itu menemui kegagalan.

Amaran itu dibuat WSJ berdasarkan penelitian ke atas perkembangan isu tersebut, apabila 1MDB kini terpaksa menjual asetnya bagi menampung beban hutang.

Apatah lagi bila timbul dakwaan dari Umno dan pembangkang bahawa 1MDB membayar dengan harga rendah untuk mendapatkan tanah kerajaan dan membayar harga tinggi untuk aset dimiliki pemimpin berpengaruh, kata WSJ.

“Apabila dana tersebut terpaksa melengahkan pembayaran hutang dan kos politik Najib semakin meningkat, dana tersebut mula menjual sebahagian asetnya kepada entiti awam lain dengan harga tinggi yang menghairankan.

“Ini semua cerita yang biasa didengar. Satu skim pelaburan kerajaan dilancarkan dengan janji besar untuk meningkatkan rantaian nilainya dan istilah ekonomi lain.

“Selepas itu, bermulalah penjualan aset. Jika projek itu berjalan dengan baik, parti pemerintah boleh mensasarkan pencapaian tertentu, dan dengan senang sekali mengabaikan kosnya yang tinggi.

“Jika ia gagal, wang rakyat akan menyelamatkannya dalam satu cara, dan syarikat monopoli minyak milik negara, Petronas, menjadi benteng terakhir,” tulisan itu dipetik.

WSJ seterusnya menyebut, harga minyak dunia yang merudum menyebabkan dana yang boleh digunakan oleh ahli politik kini semakin merosot.

“Ini menimbulkan persengketaan dalaman,” kata WSJ yang membangkitkan mengenai peranan bekas perdana menteri.

Baca Juga : Apa Salah Minyak Naik Harga, BR1M Kan Ada
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment