Propellerads

Zain Saidin Cedera, Che Ta terganggu



Zain Saidin Cedera, Che Ta terganggu



Zain Saidin mengalami kecederaan lutut dan dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan menyebabkan PERSIAPAN Aidilfitri pelakon Rozita Che Wan (Che Ta) sedikit terjejas .

Zain Saidin yang juga merupakan seorang aktor dimasukkan ke pusat rawatan swasta pada Jumaat lalu selepas mengadu lutut kirinya semakin sakit selepas bermain futsal beberapa hari sebelum Ramadan.

Menurut laporan Harian Metro, Che Ta akui persiapan raya mereka agak terganggu memandangkan kondisi Zain yang masih kurang sihat.

“Pemandu kami pula bercuti Aidilfitri ini, jadi saya pening memikirkan siapa yang akan memandu kereta nanti,” katanya

Ditanya adakah selepas ini dia menghalang Zain untuk bermain futsal dan bola sepak, Rozita berkata, dia berharap suaminya akan memilih sukan yang kurang mendatangkan kecederaan.

“Dia bukannya pemain bola sepak dan tak berbaloi jika berlaku kecederaan hingga terpaksa dibedah,” ujarnya.

Terdahulu, Zain selamat menjalani pembedahan lutut Isnin lalu selepas doktor mengesahkan ligamen lutut kirinya terkoyak dan perlu dibedah segera.

Zain perlu bertongkat selama lebih sebulan dan dinasihatkan supaya tidak terbabit dengan aktiviti lasak selama enam bulan.

Sementara itu, Zain berkata, selepas pembedahan dia perlu menjalani fisioterapi setiap hari.

“Doktor menasihatkan saya, jika mahu segera sembuh ia perlu konsisten selama tiga bulan. Setiap kali rawatan mengambil masa dua jam.” jelasnya.

Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment