Propellerads

Diacu Parang Kerana Semburan Asap Basmi Denggi


Diacu Parang Kerana Semburan Asap Basmi Denggi


Hari ini tersebar sebuah video yang menunjukkan satu kejadian di mana anggota dari Jabatan Kesihatan telah diugut dengan diacukan parang ke arah mereka.

Berdasarkan keterangan yang disertakan dengan video berkenaan, kejadian dikatakan berlaku di Desa Baiduri Farlim, Paya Terubong,Ayer Itam, Pulau Pinang.

Kejadian yang berlaku semalam (1 Julai 2015) berpunca apabila lelaki berkenaan berang selepas pihak Jabatan Kesihatan didakwanya tidak memberikan sebarang notis awal untuk melakukan semburan asap basmi denggi (fogging).

Menurut keterangan, lelaki itu naik berang kerana semasa kejadian "fogging' berkenaan terdapat keluarganya  masih berada di dalam rumah.

"Kalau terjadi apa-apa kepada anak saya kamu semua mahu tanggungjawab ka? bagitau la, mau tanggungjawab ka?" katanya sambil mengacu parang.

Berdasarkan keterangan juga, pihak Jabatan Kesihatan juga telah memberi notis kepada penduduk di apartment berkenaan pada pagi hari kejadian.


                          
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment