Propellerads

Rahsia Pemakaian Kain Batik Yang Perlu Anda Tahu

Rahsia Pemakaian Kain Batik Yang Perlu Anda Tahu


Hidup sebagai orang melayu selama 30 tahun nie mesti tahu budaya org melayu.. dulu teringat nenek bercerita pasal kain batik. Anak2 dara sekarang kenal ke kain batik? Tahuke cara memakainya.. Aku yang lelaki ni pun tahu kut.. Hu.hu..

Hari nie aku pergi ke pasaraya tesco..nampak akak ni tolak troli dgn anak2 dia sambil berkain batik dan aku tgk dia digelakkan oleh akk yang jaga kat kaunter.. Aku perasan kain batik yg akak ni pakai bukan sebarangan sebab benangnya nampk halus n kepala kain dan 'canting' dia seni lain dr batik murah..

Masa beratur kat kaunter nak bayar.. Aku tgr dia.. Ckp kain batik dia cantik n lain drpada kain batik mak saya ... Dia ckap kain batij yg dia pakai kain batik peninggalan arwah nenek dia...secara tidak langsung ia menjadi kain kesayangan dia.. Ooo...

Bila aku berlalu kelua dr tesco aku nampak dia digelakkan oleh adik2 lelaki yang baru meningkat remaja...aku pandang muka diowang hurrmmm budak2. Apa tahu.

Tindakan adik2 tu tadi membuatkan terus melirik ke arah 'kepala kain' batik akak tu...hurm betul dah..berada di belakang punggung akak tu..terus membuat sy teringat.. Ibu bapa sekarang mana nak ajar anak2 pakai kain batik.. Bagi saya adalah salah ibubapa yang tidak ajar cara pemakaian kain batik dan simboliknya kepada si pemakai...

Arwah nenek ajar..."kalau anak dara pakailah kepala kain di tepi...itu menunjukkan kita adalah anak dara...bila dah kawin tukarlah kedudukan kepala kain di belakang kerana itu menunjukkan kita sudah mempunyai suami...namun kalau jodoh itu tidak panjang tukarlah kepala kain hadapan supaya orang tahu kita adalah janda"

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui mana satu kepala kain...sy share kan di sini bagi menjawab soalan semua...bahagian merah itu di panggil kepala kain.



Cara pemakaian batik nie pun ada dalam Ungkapan Tradisonal Melayu-Riau tulisan Tennas Effendy kalau tak silap..

1)kepala di belakang-sudah berkahwin
2)kepala di kanan-anak dara
3)kepala di kiri-janda

Ada sedikit perbezaan dari apa yang arwah nenek ajar tp tak pe..maksud ye sama...keselesaan berkain batik nie terpulang kepada si pemakai...tp bg saya.kalau dirumah kain batik n tshirt adalah pakaian seksi utk bakal isteri saya hu hu..
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment