Propellerads

Saya Doakan Anwar Sihat - Saiful Bukhari


Saya Doakan Anwar Sihat - Saiful Bukhari


SHAH ALAM – Mohd Saiful Bukhari Azlan Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim,  menasihatkan agar semua pihak yang terlibat dengan gerakan membebaskan Anwar berhenti mengelirukan rakyat dan dunia.

Mohd Saiful mendakwa, dalam tempoh setahun ini, beliau sedar tentang gerakan itu oleh keluarga, penyokong dan pihak tertentu namun beliau bertindak membiarkan sahaja.

“Namun, hari demi hari, saya lihat mereka ini semakin keterlaluan. Mereka bebas mengelirukan dan melakukan penipuan terhadap fakta kes. Antara kata-kata yang mereka ungkapkan seperti ‘tuduhan palsu’, ‘tahanan politik’, perbicaraan berat sebelah, tidak dapat membela diri dan sebagainya.

"Justeru, ingin saya nasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan, hentikanlah penipuan ini. Cukup-cukuplah berdusta. Dari tahun 1998 hingga kini, tak habis-habis lagi.

"Jika tidak takut pada manusia, takutlah pada ALLAH SWT,” katanya dalam satu kenyataan di blognya, hari ini.

Pada 10 Februari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan kesalahan serta hukuman ke atasnya kerana meliwat Mohd Saiful.

Sementara itu, Mohd Saiful dalam kenyataan sama turut mendoakan kesihatan Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan tersebut.

“Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, setahun sudah berlalu. Semoga sihat dan tenang di sana. Gunakanlah tempoh muhasabah ini sebaik-baiknya.

“Sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Pengampun bagi hambanya yang benar-benar insaf. Sebagai bekas majikan (saya), saya doakan yang terbaik,” katanya.
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment