Kedudukan Mukhriz Mahathir Sebagai MB Berakhir. Penggantinya Diumum Hari Ini
Akhirnya Politik di Kedah menemui penghujungnya. Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah bakal berakhir dan akan digantikan dengan menteri besar yang baru hari ini. Krisis politik Kedah yang berlarutan sehingga kira-kira dua minggu berakhir apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini sah akan digantikan dengan pemimpin lain.
Mukhriz dikatakan sudah dimaklumkan oleh pihak istana dan beliau akan mengadakan sidang media di Bilik Gerakan Negeri Wisma Darul Aman, jam 10 pagi ini berhubung keputusan itu.
Notis mengenai sidang media itu diterima daripada Setiausaha Akhbarnya, Mohd Fisol Jaafar, jam 11.30 malam tadi tetapi beliau enggan mengulas lanjut. Pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, ketika dihubungi pula meminta pihak media bersedia untuk satu sidang media hari ini, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.
Baca Juga : Tukar MB Pahang Sebelum Tukar MB Kedah
Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat, kebanyakan wakil rakyat khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memberikan gambaran mengenai perubahan tampuk pentadbiran negeri itu yang bakal menyaksikan Mukhriz diganti. Menurut mereka, kemelut politik negeri semakin hampir ke penghujung dan harapan melihat pembaharuan pentadbiran seperti disuarakan dalam sidang media di Hotel Grand Alora, di sini pada 20 Januari lalu makin pasti dicapai.
Seorang ADUN memberitahu , Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah membuat keputusan selepas semua 21 ADUN Barisan Nasional (BN) dan 15 pembangkang dipanggil menghadap semalam dan kelmarin.
Katanya, secara prinsip Mukhriz akur dengan kehendak parti dan bersedia melepaskan jawatan manakala Jemaah Pemangku Sultan Kedah selepas menemui semua ADUN membuat kesimpulan bahawa Mukhriz hilang sokongan majoriti.
Baca Juga : Tukar MB Pahang Sebelum Tukar MB Kedah
"Berdasarkan maklumat diterima, Jemaah Pemangku Sultan Kedah dimaklumkan berpuas hati dengan kenyataan semua ADUN yang dipanggil menghadap dan kita hanya menunggu keputusan penting yang akan diumumkan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah, dalam tempoh terdekat.
Selamat Tinggal Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Jasa dan bakti anda tiada gantinya bagi rakyat Kedah.
0 comments:
Post a Comment