Propellerads

"Kami Tak Buat Apa-Apapun Ustaz"



"Kami Tak Buat Apa-Apapun Ustaz"


Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah menahan beberapa pasangan remaja dalam Operasi Valentine awal pagi semalam.“Kami tak buat apa-apa pun ustaz, kami duduk saja tengok pemandangan,” adalah antara reaksi beberapa pasangan remaja yang ditahan.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, seramai 20 individu termasuk sembilan lelaki dalam lingkungan usia 20 hingga 30-an ditahan di Bukit Ampang.

Menurutnya, operasi bersama Rela kira-kira jam 12 tengah malam, mendapati individu yang ditahan itu dipercayai berkelakuan tidak sopan di tempat tumpuan awam.

“Ketika ditahan, sebahagian daripada mereka sedang berdua-duaan dalam kereta di kawasan gelap.

“Segelintir mereka yang ditahan itu beri pelbagai alasan antaranya baru sampai dan mahu pergi makan ke gerai berhampiran. Mereka kemudian dibawa ke Masjid Al Azim, Pandan Indah untuk sesi penerangan lanjut,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, kesemua mereka diberi surat perintah hadir kaunseling wajib yang diadakan pada 27 Mac ini di masjid itu.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 31 Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995.“Tindakan tegas akan diambil jika mereka ingkar dan tidak menghadiri sesi kaunseling tersebut, Kami tidak teragak-agak menyerahkan mereka kepada Jais untuk dikenakan tindakan lanjut,” katanya.

sumber
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment