Propellerads

Nazri Aziz Jangan Terlalu Angkuh, Macam Tiada Akidah

Nazri Aziz Jangan Terlalu Angkuh, Macam Tiada Akidah


Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan mengingatkan Datuk Seri Nazri Aziz  Menteri Pelancongan supaya tidak terlalu angkuh dan 'sehingga terlupa kepada kewujudan Tuhan'.

"Saya sarankan kepada Nazri Aziz jangan terlalu angkuh. Ingat pada kewujudan Allah. Jangan risau Allah SWT tidak pernah mungkir janji. Hanya masa yang menentukan.

"Pada waktu itu saya nak tengok 'budak' Nazri Aziz ini akan berada di mana?

"Nazri Aziz ni cakap terlalu angkuh macam orang yang tak berpegang pada aqidah agama. Tapi dalam masa yang sama ia tak menghairankan saya langsung," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan kenyataan Nazri supaya mengabaikan kritikan Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz kerana 'ia tidak membawa beban dan memudaratkan parti itu'.

Nazri menyifatkan isu-isu dibawa Muhkriz dan Rafidah adalah kitar semula dan telah diselesaikan. Malah katanya mereka tidak lagi memegang jawatan penting dan tidak mempengaruhi parti itu.

"Mereka boleh menyalak sehingga lembu pulang ke kandang. Tidak ada apa-apa akan terjadi, abaikan mereka," Nazri dipetik berkata.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata Nazri boleh bercakap apa sahaja yang disukainya, tetapi kebenaran akan tetap muncul.

"Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Lama mana kemungkaran nak disorok serta dipertahankan.

"Apa Nazri Aziz ingat dia ni maksum ka? Tolong jangan terlalu angkuh sehingga melepasi kekuasaan serta keesaan Allah swt. Ingat tu Nazri Aziz. Awak hanya manusia biasa saja," katanya.

Sebelum ini, Khairuddin membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas peguam negara membersihkan perdana menteri daripada salahlaku berhubung isu derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd.

Penyingkiran Mukhriz sebagai menteri besar Kedah adalah berpunca dari Kritikan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak terutama daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

https://www.malaysiakini.com/news/329937
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment