Ahmad Maslan Salahkan Tun M Kerana Penyusutan Nilai Ringgit Negara
Baca Juga : Rahsia Nasi Goreng Tanpa GST Ahmad MaslanDatuk Ahmad Maslan kini mengeluarkan kenyataan terbaru yang menyalahkan bekas perdana menteri Tun Tun Mahathir dengan mendakwa serangannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan menjadi faktor penyusutan nilai ringgit ketika ini iaitu 1 U.S. dollar = 3.74809784 Malaysian ringgits
Malah, dalam laporan itu, timbalan menteri kewangan itu turut berkata kesemua 15 perkara yang dibangkitkan sebelum ini telahpun dijawab oleh perdana menteri.
"Seperti mana yang dinyatakan oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Aziz, ekonomi negara masih berada pada asas-asas yang betul berdasarkan pada rizab yang kukuh, ekonomi berkembang dengan positif, inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.
"Namun isu serangan yang dilakukan oleh Tun Mahatir ditambah dengan sokongan pihak tertentu turut dikatakan menjadi faktor kepada penyusutan ringgit ketika ini,” katanya seperti dilapor oleh portal berita itu.
Laporan itu juga menyebut Ahmad ditanya kesan berterusan jika berlaku penyusutan nilai ringgit, beliau berkata ia akan menyebabkan barangan import mengalami kenaikan harga kerana urus niaga menggunakan dolar Amerika.
"Jika keadaan itu berlaku, keadaan ekonomi negara bertambah sukar, biarpun pada dasarnya ia tidak akan berlaku dengan adanya asas ekonomi yang kukuh, namun dibimbangi perkara itu tidak dapat dielakkan,” katanya.
Ahmad Maslan yang juga merupakan MP Pontian minta Tun Mahathir itu menghentikan serangan terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib kerana ia boleh kesan negatif terhadap ekonomi negara.
Baca Juga : Rahsia Nasi Goreng Tanpa GST Ahmad Maslan
0 comments:
Post a Comment