Propellerads

Cukai akan Dikenakan Ikut Kandungan Gula Dalam Minuman

Cukai akan Dikenakan Ikut Kandungan Gula Dalam Minuman


Satu cadangan baru sedang diteliti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengenakan cukai berdasarkan kandungan gula dalam minumana bagi mengelakkan pengambilan gula berlebihan di dalam minuman terutama minuman bergas yang diketahui mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Menteri Kesihatan  berkata, cadangan ini berikutkan penyakit yang disebabkan pengambilan gula berlebihan semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

"Kita sudah bincang dengan pemain industri berkaitan cadangan ini dan kita masih membincangkan kaedah paling optimum untuk mengurangkan pengambilan gula di kalangan rakyat.

"Setakat ini kita ada beberapa cadangan dan kami sedang meneliti akan keperluan untuk mengenakan cukai ke atas kandungan gula dalam minuman terutamanya minuman bertin," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Persatuan Dietitian Malaysia di ibu negara.

Beliau turut menegaskan bahawa gula bukanlah makanan asas untuk rakyat Malaysia di mana manusia boleh hidup tanpa pengambilan gula.

Cadangan tersebut kini diteliti pihak Kementerian Kesihatan namun, kesedaran akan bahaya pengambilan gula berlebihan tetap diteruskan kementeriannya bagi memastikan rakyat kekal sihat.

Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment