Tun M Rakyat Biasa Mana Setaraf Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad tiada hak untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat dengannya kerana beliau hanyalah rakyat biasa.
Menurut laporan The Star Online, ini adalah pendapat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Nazri Aziz, yang berkata Najib tidak harus merendahkan dirinya ke tahap Dr Mahathir kerana Najib adalah Perdana Menteri.
"Saya tidak mahu PM saya turunkan dirinya kerana dia adalah PM tetapi Dr Mahathir hanyalah rakyat biasa.
“Jadi mengapa PM saya perlu turun ke tahap rakyat biasa? Beliau tidak mempunyai locus standi untuk berdebat dengan Najib. Bagi saya,sudah tentu ia bukan satu idea yang baik,” katanya sambil menambah sudah ada satu tempat untuk berdebat iaitu Parlimen.
Najib tidak harus meletakkan jawatan kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan kata Zazri lagi.
“PM yang sedia ada tidak perlu meletakkan jawatannya melainkan jika beliau melakukan suatu kesalahan, meninggal dunia atau sedang disiasat . Najib tidak mengalaminya, dan oleh itu, ia adalah permintaan yang tidak masuk akal, "kata Nazri.
Dr Mahathir, sebelum ini menyatakan kesediaannya pada bila-bila masa untuk berdebat secara terbuka dengan Najib berhubung pelbagai isu termasuklah isu 1MDB dengan disaksikan orang ramai.
penjilat bontot tegar
ReplyDelete