Propellerads

'Ayam Kicap Meletup' KFC Diperkenalkan Sempena Ramadan


'Ayam Kicap Meletup' KFC Diperkenalkan Sempena Ramadan


KFC Malaysia menampilkan cita rasa lazat untuk dinikmati pelanggan sempena menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. dengan memperkenalkan hidangan baharu KFC Ayam Kicap Meletup.

Resipi terkini ini pembangkit selera rakyat Malaysia dengan gabungan ideal rempah dan aroma kicap yang unik.

Ketua Pegawai Pemasaran Digital dan Teknologi Maklumat KFC Malaysia, Ahmad Taufek Omar berkata, produk terbaharu itu merupakan keenakan yang diberikan sentuhan tempatan bagi memenuhi citarasa pelanggan di bulan Ramadan dan Aidilfitri ini.

"Hidang baharu ini tidak membebankan pelanggan malah dengan harga lebih murah iaitu RM10.95, pelanggan mampu memiliki set kombo yang disertakan dua ketul ayam dengan hidangan sampingan nasi dan kuah 'Original Recipe' serta minuman.

"Kami ingin pelanggan berkongsi kelazatan KFC Ayam Kicap Meletup dengan semua,” katanya.

Ahmad Taufek berkata, menu itu merupakan gabungan rempah meletup dan kicap unik yang diadun bersama ayam rangup KFC, bagi menghasilkan satu rasa yang membangkitkan kelazatan sebenar ayam goreng.

"Dengan slogan 'Sangat Meletup, Mesti Kongsi!', pastinya dapat menarik orang ramai untuk mencuba, dan lebih digalakkan dinikmati bersama keluarga tersayang.

"Selain itu, produk ini boleh didapati sehingga akhir musim perayaan bermula pada 11 Jun dan stok adalah terhad," jelasnya.
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment