Propellerads

Arul Kanda Pembohong, Patut Letak Jawatan

Arul Kanda Pembohong, Patut Letak Jawatan


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulang pendiriannya yang tidak mempercayai Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy susulan kenyataan sebelum ini.

Malah Tun Mahathir mendakwa Arul seorang pembohong.   "Dia (Arul) boleh jawab kepada pihak berkuasa tapi hakikatnya dia berbohong. Semua orang tahu dia bohong.   "Dia nampak tunai. Boleh awak bayangkan USD1 bilion tunai di sana? (Jika nampak) Saya akan pengsan.

Tapi dia nampak dan dia jamin dia nampak wang itu.   "Dan sekarang kita dapat tahu dia tidak nampak apa-apa pun. Dia melihat banyak benda yang tidak wujud. Jadi, saya cuma tidak percaya dia," katanya pada sidang media di sini, hari ini.   Beliau turut menggesa agar orang penting dalam 1MDB yang baru dilantik awal tahun itu meletakkan jawatan atas kegagalannya menjalankan amanah.

"Saya rasa dia patut letak jawatan. Tiga orang (CEO) sebelumnya juga letak jawatan. Jadi, dia juga patut letak jawatan," katanya.   Malah ketika diminta mengulas kenyataan seorang menteri yang menyifatkan kenyataan dan serangannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak penting, beliau sempat menyindir bahawa kehilangan wang berbilion ringgit memang tidak penting.

"Ya hilang duit memang tak penting. Hanya beberapa bilion. Negara kita kaya.   "Kita pinjam RM42 bilion kemudian kamu hilang sebahagiannya...tak apalah. Boleh pinjam lagi," katanya
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment