KKM, KPDNKK Menggila Merampas Serta Mengoyak Bungkusan POSLAJU Peniaga Online
Sejak akhir-akhir ini kita melihat KPDNKK dan KKM membuat serbuat ke premis-premis, uptown, rumah malahan parcel poslaju untuk merampas barangan tiruan serta yang tidak berdaftar dengan kerajaan.1 lagi cerita KKM serbu PPL utk bukak parcel. nak check brg kesihatan yg di jual ada no KKM ke tak. yg sadis nya ada parcel yg tak berkenan di bukak n lagi sadis...bukak dan tinggal rompong! kalo guna prepaid , KKM tak byr ganti rugi utk prepaid yg rabak. seller tanggung sendiri. SGT KEJAM!!!!
Betapa terdesaknya mereka dalam membuat serbuan ini dan dijangka berlanjutan sehingga bulan puasa.
Kenapa mereka merampas dari bangsa sendiri sedangkai taikun-taikun besar seperti di GM Klang, Kenanga, Petaling Street dan sebagainya tiada serbuan dibuat. Adakah kerana mereka sudah disogok dan melihat bangsa kita sendiri lemah dan tidak melawan.
Sudah lama kita di tindas oleh kerajaan sendiri sehinggakan berniaga yang menjadi punca rezeki kita sendiri pon menjadi mangsa kekejaman KPDNKK, KKM, KASTAM dan sebagainya.
Sama-sama la kita pikirkan.
Kata Soekarno, "Aku lebih mudah dalam berjuang kerana perjuanganku menentang bangsa asing. Tetapi perjuanganmu kelak lebih sukar kerana perjuanganmu menentang bangsamu sendiri."
Di sini kami kemukakan beberapa gambar mangsa kekejaman pihak berkenaan
0 comments:
Post a Comment