Propellerads

Jackson Martinez, Penyerang Colombia Memilih Arsenal Atau Man United?

Jackson Martinez, Penyerang Colombia Memilih Arsenal Atau Man United?


 Jackson Martinez yang merupakan Penyerang Colombia dilapor akan menyertai sebuah kelab gergasi Eropah dengan nilai pemindahan sebanyak £25.5 juta.

Pemain Porto itu juga dikaitkan dengan penghijrahan ke Arsenal atau Manchester United dalam tempoh terdekat.

Ejennya, Henrique Pompeo membuat pendedahan itu dengan memberitahu kelab yang ingin mendaparkan Martinez sedang melakukan persiapan terakhir.

"Masa depan Martinez telah diputuskan dengan baik.

"Keputusan terakhir akan dicapai dalam masa beberapa hari lagi. Dia akan menyertai sebuah kelab besar di Eropah.

"Kelab itu akan buat pengumuman dalam tempoh terdekat selepas proses menandatangani kontrak selesai dilakukan.

"Daripada apa yang telah dipersetujui, Porto akan menerima sebanyak £25.5 juta sebagai penebusan kontrak," katanya.

Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment