Propellerads

Perdana Menteri Australia Puji Datuk Seri Najib Tun Razak

Perdana Menteri Australia Puji  Datuk Seri Najib Tun Razak


MELBOURNE, AUSTRALIA 11 Jun - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott memuji Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kepimpinan beliau dalam menyuarakan bantahan terhadap kumpulan militan IS.

Abbot berkata, beliau kagum dengan kepimpinan yang dipamerkan negarawan Islam seperti (Perdana Menteri) Najib, yang menyifatkan IS sebagai 'menentang tuhan, menentang Islam dan menentang kemanusiaan kita bersama".

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian sidang kemuncak serantau mengenai keganasan di Sydney hari ini.

Abbott berkata, beliau juga kagum dengan Presiden Mesir Abdel-Fattah el-Sissi, yang baru-baru ini memberitahu para imam di Universiti Al Azhar, Kaherah bahawa Islam amat memerlukan 'revolusi keagamaan' untuk mengubah pemikiran silap yang wujud sejak berkurun-kurun lepas.

Dalam ucapan yang disiarkan ke seluruh negara melalui televisyen itu, Abbott berkata IS menyebarkan cengkamannya hingga di luar sempadan Iraq dan Syria dengan matlamatnya untuk menguasai seluruh dunia.

Beliau memberi amaran bahawa kumpulan itu kini berusaha untuk menyebarkan ideologi ganasnya ke Asia Selatan dan wilayah lain.

"Kita semua telah melihat di kaca televisyen perbuatan memancung kepala, menyalib, melakukan pembunuhan beramai-ramai dan perhambaan seks oleh IS, sebahagian besarnya terhadap orang Islam di Timur Tengah.

"Itulah yang akan dilakukan puak pembunuh ini terhadap sesiapa sahaja sekiranya mereka berkuasa. Ini bukan keganasan yang dilakukan akibat perasaan tidak puas hati di peringkat tempatan, tetapi kegansan yang mempunyai cita-cita di peringkat global," katanya pada majlis yang dihadiri para pemimpin serantau itu.

Beliau berkata, IS memberi mesej mudah kepada setiap orang dan kerajaan iaitu: menyerah diri atau mati.

"Perisytiharan tentang pemerintah khalifah, yang walaupun kelihatan tidak munasabah, adalah suatu pernyataan tentang niat mereka untuk menguasai dunia.

"Anda tidak boleh berunding dengan entiti seperti ini, anda hanya patut memeranginya," kata beliau.

Persidangan dua hari yang disertai 27 menteri dan para pegawai dari rantau ini bertujuan berkongsi pengetahuan tentang cara untuk memerangi ideologi pelampau yang disebarkan IS, di samping meningkatkan kerjasama serantau.

Para eksekutif daripada Google, Twitter dan Facebook juga menghadirinya untuk cuba menyekat golongan muda daripada terpengaruh dengan ideologi radikal melalui kempen IS secara dalam talian, yang menyiarkan kira-kira 100,000 bahan propaganda setiap hari. - Bernama
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment