Propellerads

Kadar Tol Dijangka Naik OGOS Ini


Kadar Tol Dijangka Naik OGOS Ini 


KUALA LUMPUR: Berikutan tersebarnya khabar angin mengenai tol naik pada OGOS ini dalam laman web Free Malaysia Today semalam. , Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menafikan artikel 'Kadar Tol Naik Ogos Ini?' tersebut

Tiada lagi keputusan mengenai kenaikan kadar tol oleh kerajaan kata Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir Ismail Md Salleh. "Tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada syarikat-syarikat konsesi berhubung perkara ini.

Oleh itu sebarang kenyataan atau laporan berhubung kenaikan kadar tol adalah tidak benar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa ini kadar tol bagi semua lebuh raya masih kekal pada kadar semasa.

Laman web itu menyatakan bahawa sebanyak 19 syarikat konsesi lebuh raya akan menaikkan kadar tol pada Ogos ini, di samping mendakwa kenaikan itu antara 50 hingga 100 peratus.

Setakat mana kebenarannya kita nantikan kerana akhbar berita harian ini telah mengeluarkan artikel bahawa kenaikan tol untuk 16 lebuh raya dijangka naik.




Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment