Propellerads

Siapa Kata Pikat Isteri Orang Tidak Salah



Siapa Kata Pikat Isteri Orang Tidak Salah


Jangan cuba menggoda isteri orang dengan niat untuk bersenggama kerana ia merupakan satu kesalahan mengikut undang-undang negara.

Kesalahan itu termaktub dalam Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang menyebut memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks adalah satu kesalahan jenayah.

Tafsiran seksyen berkenaan berbunyi begini: Barang siapa membawa atau memikat seseorang perempuan yang menjadi dan yang ia ketahui atau ada sebab untuk mempercayai sebagai isteri seseorang lelaki lain atau, daripada lelaki itu, atau daripada seseorang yang bertanggungjawab menjaga perempuan itu bagi pihak lelaki berkenaan, dengan niat supaya perempuan itu boleh melakukan persetubuhan yang ditegah dengan mana-mana orang, atau barang siapa menyembunyikan, atau menahan dengan niat itu seseorang perempuan tersebut, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Meskipun undang-undang itu sudah sekian lama wujud namun ia hanya diketahui umum secara meluas akhir-akhir ini apabila prosiding satu kes membabitkan seorang selebriti jelita serta suaminya dan seorang tokoh korporat dilaporkan media massa.


Walaupun kes itu belum diadili sepenuhnya, ia sudah dibawa ke Mahkamah Persekutuan berikutan pertikaian membabitkan isu tunjang yang menyentuh Perlembagaan Persekutuan.


Namun, baru-baru ini, mahkamah tertinggi negara itu memutus untuk menghantar balik kes berkenaan ke Mahkamah Majistret untuk dibicarakan.

Penghakiman itu dibuat berikutan Mahkamah Persekutuan berpendapat Mahkamah Majistret perlu memutuskan fakta kes berkenaan terlebih dahulu sebelum pihak terbabit boleh memohon untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan untuk menimbang tara isu berkaitan Perlembagaan yang menjadi perhujahan.

Dalam kes itu, penerbit rancangan televisyen, Ryan Chong Yiing Yih, 32, mengheret tokoh korporat, Darren Choy, 45, ke mahkamah atas dakwaan memikat isterinya yang juga seorang selebriti terkenal, Daphne Iking, 30, dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan dengannya.

Choy didakwa melakukan kesalahan itu di kondominium The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail di ibu kota antara Julai 2007 dan September 2008 lalu.

Meskipun pertuduhan yang dikenakan adalah kesalahan jenayah namun pendakwa raya membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Choy dengan alasan kes itu merupakan isu peribadi membabitkan suami isteri.

Justeru, sebagai pilihan, pada Ogos tahun lepas, Majistret Mohd Faizi Che Abu mengizinkan Chong mengemukakan saman peribadi terhadap Choy.

Perbicaraan berkenaan jelas menarik perhatian beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Women’s Action Society, Sisters in Islam (SIS) serta Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor yang menghantar peguam pemerhati untuk mengikuti prosiding.

Dalam kes itu, Choy diwakili peguam Jagjit Singh, Akbardin Abdul Kader dan Datuk Cyrus Dass manakala Chong diwakili peguam Wong Kian Kheong.

Dua peguam lain, Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam menjadi pemerhati bagi pihak Iking. Manakala peguam, Edmond Bon dan Aston Paiva mengikuti prosiding bagi pihak Majlis Peguam Malaysia.

Iking berkahwin dengan Chong pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia.
Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Isobel Daniella Iking-Chong. Pasangan itu, bagaimanapun, bercerai pada 2008.

Tidak berpuas hati dengan keputusan majistret membenarkan Chong mengemukakan saman peribadi terhadapnya meskipun pendakwa raya enggan meneruskan kes, Choy memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Apabila rayuan didengar Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Sofian Abd Razak pada 24 Ogos lalu, peguam Choy turut menimbulkan isu tujuh perkara tunjang yang bersangkut paut dengan Perlembagaan serta kesahihan pertuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 498.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, beliau memutuskan untuk merujuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan kerana kepentingan isu Perlembagaan yang ditimbulkan.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi mendengar permohonan rujukan Choy itu pada 7 November lalu.

Bagaimanapun, mereka bertindak membatal permohonan itu seraya menghantar kes berkenaan untuk dibicarakan di Mahkamah Majistret pada satu tarikh yang diawalkan.

“Kita tidak jawab soalan undang-undang tanpa fakta atau berdasarkan soalan andaian semata-mata,” kata Zaki yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md Raus Sharif.

Antara tujuh isu yang dirujuk ke Mahkamah Persekutuan untuk pertimbangan ialah:


sama ada Seksyen 498 Kanun Keseksaan satu undang-undang yang berat sebelah kerana hanya menjadikan lelaki sebagai sasaran liabiliti jenayah dan sehubungan itu, bertentangan dengan Perkara 8 (1) dan (2) Perlembagaan yang mengikrarkan kesaksamaan lelaki dan wanita di sisi perundangan.

sama ada seksyen itu berbentuk diskriminasi terhadap lelaki kerana hanya menjenayahkan tindakan lelaki semata-mata walaupun dalam perbuatan yang dilakukan bersama atau dengan persetujuan pihak perempuan dan sehubungan itu, bertentangan dengan Perkara 8 (1) dan (2) Perlembagaan.

sama ada seksyen itu juga bertentangan dengan Artikel 5(1) Perlembagaan Persekutuan yang mana ia merampas kebebasan seorang lelaki untuk berkawan atau berhubungan dengan wanita yang sudah berkahwin.

Perkara 5 (1) menyebut tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.

sama ada seksyen itu merupakan satu peruntukan undang-undang yang tidak munasabah dan kuno kerana membawa tanggapan bahawa kaum wanita tidak ubah seperti barang dan tidak mempunyai keupayaan untuk menjalin persahabatan dengan lelaki secara rasional.

Kes itu akan dibicara oleh Mahkamah Majistret pada 29 November ini. So jaga-jaga la wahai lelaki di luar sana. Anda goda isteri orang dengan niat yang tidak elok maka anda telah melakukan kesalahan di dalam negara.



Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. sudah jatuh di timpa tangga kerana bukannya saya hendak memburukkan mana mana pihak.Bermula 9 Nov 2017 dan di ketahui hal yang sebenarnya pada hari raya tahun ini dan apabila sudah di ketahui dan menunjukkan kemaluan yang mana telah 2 kali mengeluarkan nanah akibat jangkitan penyakit kelamin Gonorrhia di bawa lari sebanyak 3 kali di lakukan kerana takut isteri akan ceritakan hal yang telah di lakukan di buat semasa mereka menjalinkan perhubungan haram ini.kali pertama 27 Jun 2018 - 15 Julai 2018 isteri diambil di rumah sepupu dengan di jangkiti oleh penyakit kelamin.kali ke dua d bw lari 7 Ogos 2018 dan kali terakhir Pada 17 Sept 2018 dan saya sendiri mengambil isteri bersama sama lelaki tersebut pada 27 Sept 2018.setelah tindakan membuat tuntutan Nusyuz pada mahkamah Syariah Kota Kinabalu perintah dkeluarkan ISTERI KEMBALI TAAT dan makin lama makin banyak yang di ketahui dan makin menjadi jadi pihak keluarga yang mendesak,menghasut dan memaksa supaya berpisah maka saya telah ikut apa yang isteri saya mahukan dan pada 12 Dis 2018 adalah tarikh bagi perbicaraan PENCERAIAN BERSAMA.

    ReplyDelete
  2. Apa yang saya terkilan 3 balai polis daerah saya membuat aduan mengenai perkara ini dan berkenaan sek.498 memang itulah yang di peruntukkan pada lelaki tersebut yang mana berbeza agama dari kami yang beragama islam dan pihak keluarga perempuan pula tidak beragama.Pagan.Pertama saya telah buat aduan di Balai Polis Penampang kerana mempercayai bahawa kejadian persetubuhan haram berlaku di dalam Kem Lok Kawi tetapi bila di sana perempuan mengatakan bahawa kejadian awal mereka bersetubuh adalah Berlaku di rumah sewa lelaki berkenaan yg berada dikawasan Kepayan yang mana di bawah urusan pihak Polis Tanjung Aru iaitu Karamunsing setelah di ceritakan Penampang tiada kuasa kerana awal kejadian adalah kawasan Karamunsing.
    Esoknya semasa saya hendak membuat laporan di Karamunsing di katakan bukannya di awal kejadian dan bila saya katakan kali terakhir mereka dapat saya tangkap di Tamparuli iaitu di Daerah Tuaran.Dan setelah menunggu jawapan sehingga ke malam kerana Pegawai Penyiasat tidak dapat beri keputusan dan perlu tanya pada peg atasanya.Saya menelefon pegawai tersebut dan atas arahan Pegawai atasannya adalah di akhir kejadian..Tapi demi membawa lelaki ini ke muka keadilan dan cara yang di lakukan adalah salah saya tak putus asa kerana Karamunsing tetap mengatakan ke kawasan Tuaran.Esoknya saya berpatah balik dan bertanyakan pendapat dan apakah perlu di lakukan di Balai Penampang.

    ReplyDelete
  3. .Balai Penampang tetap katakan Karamunsing Case saya pasti akan di katakan ke Tuaran.Saya pun ke Balai Tuaran dan telah memberikan fail yg terdapat segala bukti dan juga apa jua yg boleh libatkan lelaki tersebut di salahkan.Setelah hampir 2 minggu menunggu keputusan dan bukan saya mahukan kes ni perlu di ambil perhatian.Tapi tugas dan byk kes lain yang lbh serius dan kekurangan pegawai penyiasatan juga saya yakin mungkin perlu dulu tumpukan terhadap kes kes yang lain.Setelah itu saya telah di maklumkan bahawa saya perlu semula ke Karamunsing kerana pegawai atasan di sana nyatakan kes mesti di buka di kawasan awal kejadiaan.Setelah ambil fail tersebut esoknya saya sekali lagi ke Karamunsing bagi tujuan menyatakan dan menyampaikan apa yang pihak polis Tuaran katakan pada saya.Dan apabila saya ke sana dan berjumpa dengan Pegawai Penyiasatan di sana jawapan yang sama juga saya dapat dari pada Puan tersebut dan tetap berkeras katakan di akhir kejadian.Dan di beritahu bukannya taknak buka fail siasatan tapi arahan yang di terima..dan Pegawai penyiasatan memberitahu bahawa Isteri saya sendiri yang telah bagi keterangan bahawa pertuduhan yang saya adukankan itu tak boleh di lakukan juga kerana isteri saya dengan rela hati tanpa paksaan dan dengan rela juga menyerahkan tubuhnya pada lelaki tersebut.Begitu juga dengan keputusan meminta cerai ini.Semuanya isteri saya yang mahu dan lelaki tersebut tak pernah ajar,suruh atau paksa dirinya utk meminta cerai dan penglibatan pihak keluarga perempuan juga memaksa dan menyuruh malahan selama 4 kali yang saya ketahui merelakan diri dan ibarat merestui apa yang telah anak mereka lakukan.Dan tak boleh di buat apa sekiranya pasangan saya sendiri yang mengaku bahawa dia sendiri yang mahukan semuanya perkara itu.Dan tiada sebarang paksaan yang di lakukan oleh lelaki tersebut walaupun saya katakan kalau dah itu yang dia beri keterangan nampak seperti lelaki tersebut adalah di lindungi segala perbuatan dan juga apa jua cara yang mana telah hidup ibarat suami isteri yang sah selama ini dan saya ini dah ibarat 'madu' bagi diri lelaki itu.

    ReplyDelete
  4. Kerana berkursus di Beaufort yang mana 1 minggu Sekali saya pulang di kem dan saya pula merupakan seorang tentera dan saya bukannya askar yg tugasnya sebagai pemandu trak..bukannya tugas sebagai tukang masak atau kerani di pejabat tapi saya berkhidmat sebagai seorang tentera dalam REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA hampir 24 tahun dan tugas kami adalah di latih untuk membunuh dan dengan keadaan dan tekanan yang saya hadapi ini dan banyak urusan tertangguh dan di tinggalkan begitu saja tanpa ada satu pun di selesaikan dan cara undang2 yang di peruntukkan dan hanya jawapan bahawa bukankah encik dah failkan penceraian jadi buat apa lagi cerai ajalah.dan selama saya ke sana sini..menagih supaya undang2 lah jalan bagi menghukum mereka yang terlibat sepatutnya janganlah di katakan dan di buat saya yang mana selama ini dah memang selalu sgt2 di perbodohkan oleh isteri...teman lelakinya serta keluarganya.Kenapa tidak ada perbincangan melalui telefon atau janganlah di katakan saya pula di salahkan di pertuduhankan punca dari saya sebab belum lagi di buka IP dah di katakan macam itu.Belum di buka lagi IP dah kena suruh sana sini apatah lagi sekiranya sudah bermula siasatan.Jadi apa yang saya nampak sekiranya peringkat pihak berkuasa polis sendiri pun dah mula menjadikan saya ini seperti yang di lakukan oleh isteri saya,lelaki tersebut dan keluarga perempuan maka saya tak hairan malahan tak kisah langsung atau tak terkejut pun kalau di peringkat mahkamah nanti akan jadi macam cerita di atas jugalah.Ibarat main tarik tali dan saya ini ibarat bola yg kena tendang sana sini.

    ReplyDelete
  5. Cuma adakah benar atau betul seperti apa yang di katakan sekiranya isteri sendiri yang mahu dan tidaka da jua kekerasaan mahupun paksaan maka tidak boleh di buat tindakan.Kalau ia benar maka tak adillah apa yang dapat saya katakan.Patutlah hinggakan perlembagaan pun di ketengahkan dan bagi saya yang mana tak mampu nak teruskan usaha usaha semuanya ini seperti mengizinkan seorang isteri dijadikan dan gaya pelacurlah kerana ada undang2 dan juga hukuman tapi tidak boleh di ambil tindakan dan selama berkhidmat dalam ATM 24 tahun sebagai Askar Melayu pun tak boleh nak gunakkan segala kepakaran kerana saya percaya pada undang2.
    Sekiranya dari awal lagi Penguatkuasa Undang2 pun mula berkeras dan katakan ke sana ke sini jadi apa lagi di peringkat Tertinggi di sini saya memohon maaf dan harap dapat saya jumpa atau cari jalan penyelesaian yang terbaik.Bukannya saya berdendam dan ingat membalas atas apa yang mereka2 yang terlibat lakukan pada saya sekarang.Kerana percayakan undang2lah saya perlu memberikan komen ini dan saya percaya inilah jalan dan peluang yang ada bagi di ambil tindakan pada yang benar benar salah supaya tidak akan ada lagi kes kes begini akan berlaku di masa hadapan dan akan jadi satu pengajaran serta ingatan kepada yang lain supaya cara yang di lakukan dan di buat malahan bukan saja saya yang bertugas sebagai seorang tentera terasa seperti pengecut dan bodoh kerana ada tugas saya adalah mempertahankan musuh dari memasuki negara tetapi musuh yang ada di dalam negara pula yang ada dan tidak ambil peduli malahan berani sungguh memasuki satu kawasan larangan serta mendiami rumah keluarga dengan senang hati dan tak kisah langsung atas apa yang di lakukan malahan amat2 berbangga kerana begitu mudah dan senang akan di lepaskan dan amat2 yakin hinggalah sekarang sb tidak ada satu apa pun tindakan yang diambil terhadap pelaku2 ini.sekiranya ada yang ingin membantu dan ikhlas untuk selesaikan hal ini saya alu alukan kerana itulah perlu di buat satu siasatan pada perkara dan hal2 yang telah berlaku dalam rumah tangga anak dan sayalah mangsa utama.Anak di bawa sana sini dan di takut takutkan supaya tidak memberitahu hal2 yang mereka lakukan di dalam rumah saya dan tidur serta lakukan perhubungan seks di depan anak dan anak hanya di tutup dengan bantal saja supaya tidak di lihat aksi mereka.semuanya anak yang bercerita dan begitu juga dengan keluarga perempuan yang mana sekiranya kali pertama anak mereka membawa lelaki dan tidur sekali dan jika di ceritakan dengan saya takkan berlaku seperti ini dan kejadian larikan diri bersama lelaki tersebut memang di rancang dan di suruh dan di ketahui oleh keluarga perempuan dan kenapa menafikan dan tidak bercakap benar apa bila anak saya sendiri yang menelefon sendiri bertanyqakan ibunya.Jika di ceritakan di sini akan di katakan semua salah dan ibarata saya saja ynag betul sebab tu saya amat yakin sebelum ini akan dapat di selesaikan cara undang2 dan biarlah Hakim Yang Arif tentukan siapakah yang bersalah dan adakah sek.498 di ujudkan sekadar hiasan buku undang2 negara..
    Maaf dan rasanya dalam keadaan sebegini dan tekanan serta apa yang telah saya lalui bersendirian ini amat amat saya takut sekiranya akan lahir satu keputusan yang akan merugikan diri saya dan anak akan lebih terseksa utk teruskan kehidupannya nanti
    Assalamaualaikum

    ReplyDelete