Nazri, Tolong Bijak Sikit - Rahim
BACA: Tun M tiada hak berdebat dengan Najib kerana dia hanya rakyat biasa - Nazri Aziz
BACA: Jauhkan diri dari politik..., tegas Nazri kepada TMJ
BACA: TMJ 'balas' teguran Nazri secara santai
Datuk Seri Nazri Aziz hari ini diminta bertindak lebih bijak dalam membezakan tahap pemimpin yang berkuasa ,berpengaruh dengan mana-mana kerabat diraja dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutama melibatkan politik.
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik berkata, Nazri juga perlu lebih adil dan tidak 'memilih bulu' dalam memberi pandangan selain perlu bermotif kepentingan organisasi atau negara.
"Komen Nazri terhadap Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ekoran status Facebook Baginda mengenai sesi dialog #Nothing2Hide adalah teguran yang baik tetapi dia (Nazri) diam sahaja bila ada situasi Sultan yang menyokong pemimpin politik secara terbuka.
"Bila Nazri kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak berdebat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dia mungkin tidak faham beza antara pemimpin berkuasa dengan pemimpin berpengaruh," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Rahim turut memuatkan pendapatnya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya hari ini.
Rahim mengulas tindakan Nazri yang menghentam status di laman Facebook Johor Southern Tigers oleh Tunku Ismail sebelum ini yang menyatakan baginda tidak terkejut apabila Najib tidak hadir ke sesi dialog #Nothing2Hide itu.
BACA: Tun M tiada hak berdebat dengan Najib kerana dia hanya rakyat biasa - Nazri Aziz
BACA: Jauhkan diri dari politik..., tegas Nazri kepada TMJ
BACA: TMJ 'balas' teguran Nazri secara santai
Bagaimanapun sesi dialog #Nothing2Hide itu dibatalkan oleh polis, atas dakwaan faktor keselamatan.
Nazri turut dilapor meminta Tunku Ismail menjauhkan diri daripada politik.
Terdahulu, Nazri berkata, Dr Mahathir tiada hak untuk meminta Najib berdebat dengannya kerana dia hanyalah rakyat biasa selain meminta Najib tidak harus merendahkan dirinya ke tahap bekas perdana menteri itu.
Dalam pada itu Rahim memberitahu, dalam politik, pemimpin berkuasa disokong kerana jawatan dan mampu memberi habuan namun berbeza dengan pemimpin berpengaruh yang ditaati kerana integriti.
"Adalah strategik dalam mana-mana perjuangan politik, mana-mana pemimpin berkuasa dan berpengaruh merapatkan kerjasama dan pendirian demi kepentingan organisasi," jelasnya.
Sebelum ini, Rahim menyifatkan perlu diadakan satu pertemuan khas antara Najib dengan Dr Mahathir yang memfokuskan usaha menyelesaikan kemelut dan krisis termasuk merungkai persoalan utama melibatkan isu syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tegas Rahim, pertemuan perdana menteri dan bekas perdana menteri itu juga akan menjadi titik tolak persefahaman bersama demi melihat perpaduan orang Melayu di negara ini terjamin dan berkekalan.
BACA: Tun M tiada hak berdebat dengan Najib kerana dia hanya rakyat biasa - Nazri Aziz
BACA: Jauhkan diri dari politik..., tegas Nazri kepada TMJ
BACA: TMJ 'balas' teguran Nazri secara santai
Dasar penjilat bontot tegar, kalo x jilat x dapat habuan. bodoh!
ReplyDelete