Propellerads

TMJ Dapat Jet Sebagai Hadiah Hari Jadi


TMJ Dapat Jet Sebagai Hadiah Hari Jadi 


SEMPENA Hari Keputeraan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang ke-31 hari ini, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan menerima sebuah jet peribadi sebagai hadiah daripada ayahanda, Sultan Ibrahim Ismail.

Dalam beberapa foto yang dimuatnaik di Facebook Johor Southern Tigers, baginda antara lain turut bergambar bersama ayahanda Sultan Ibrahim di atas karpet merah di depan jet tersebut.

Di sebelah kiri dan kanan mereka dihiasi jambangan bunga dan belon yang berwarna-warni bagai menggambarkan majlis penyerahan jet tersebut diadakan secara rasmi walaupun dilihat dibuat secara ringkas.

Dalam gambar yang lain, kelihatan Tengku Mahkota menuruni tangga jet sambil diperhatikan oleh juruterbang dan beberapa petugas kabin. Beliau juga sempat bergambar dengan mereka sambil memegang kad ucapan hari lahir.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya," tulis baginda dalam laman sosial itu.

Bagaimanapun Tengku Ismail menulis bahawa beliau berniat untuk mengagihkan lembu di setiap daerah di negeri itu di samping menghulurkan sedekah kepada anak yatim dan golongan kurang berkemampuan selepas menerima nasihat baginda Sultan Johor.

"Saya telah membuat keputusan, setelah menerima pandangan dan nasihat DYMM Tuanku, untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa, selain menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor.

"Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat," tulis baginda lagi.

Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment