Propellerads

Kami Berbeza, Rakyat Yang Pilih Saya



Kami Berbeza, Rakyat Yang Pilih Saya

"Perbezaan antara kami ialah saya dipilih oleh rakyat," begitulah kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau mengulas kenyataan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa baginda menyuarkan sentimen rakyat sebagai pemimpin bagi rakyatnya dan Malaysia.

"Jika saya tidak menjalankan tugas saya, maka rakyat akan menghukum saya kemudiannya," kata Nazri kepada pemberita ketika lawatannya ke Sekinchan, Sabak Bernam hari ini.

"Saya perlu berdepan dengan mahkamah rakyat setiap lima tahun, tapi Alhamdulillah, saya sudah lima kali diadili dan saya menang," kata MP Padang Rengas seperti yang dilaporkan oleh The Star Online hari ini.

Ditanya sama ada beliau kecewa apabila dilabel 'kurang ajar' kepada Istana, Nazri berkata bukan kali pertama beliau dilabelkan seperti itu dan beliau tidak runsing dengan pandangan rakyat.

"Akhirnya, kawasan parlimen saya yang saya hanya ambil berat. Sebab itulah saya jadi wakil rakyat untuk lima penggal.

"Kita menjunjung demokrasi dan rakyat boleh bercakap apa sahaja tentang saya. Tapi jangan marah bila saya menolak sebab saya juga ada hak untuk memberikan pandangan. Baru adil," katannya.
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment