Propellerads

Disuruh Berkain Batik Akibat Berpakaian Tidak sesuai ketika Berurusan Dengan Pihak JPJ

Disuruh Berkain Batik Akibat Berpakaian Tidak Sesuai Ketika Berurusan Dengan Pihak Kerajaan


Baru-baru ini telah viral mengenai seorang peprempuan cina yang disuruh memakai kain batik kerana berpakaian yang tidak sesuai ketika berurusan dengan pihak kerajaan. Kod etika pemakaian perlu dipatuhi dan bersesuaian oleh rakyat negara ini khususnya di bangunan kerajaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang seperti di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Wangsa Maju baru-baru ini.

Seorang wanita yang menggunakan akaun Facebook Suzanne G. L. Tan telah dipaksa memakai kain batik setelah memakai pakaian yang tidak bersesuaian sebelum dibenarkan berurusan di pejabat kerajaan berkenaan.

Hasil tinjauan Rakyat News pada hari ini, ramai rakyat Malaysia yang bersetuju bahawa pakaian yang dipakai oleh Tan itu adalah tidak bersesuaian dan melanggar kod etika pemakaian untuk berurusan dengan pihak kerajaan.

Pemandu lori, Zainal Abidin Mohd, 48, berkata pakaian yang dipakai oleh Tan adalah tidak bersesuaian dan tidak sopan untuk mengadakan sebarang urusan bersama pihak kerajaan.

"Sudah tentulah ia perkara yang tidak sopan kerana dia telah memakai pakaian yang menjolok mata dan sepatutnya dia datang berurusan dengan pakaian bersesuaian.

"Ini merupakan tempat terbuka dan bukannya pusat membeli belah," katanya kepada wartawan Rakyat News di perkarangan pejabat JPJ cawangan Wangsa Maju di sini, hari ini.

Bagi Pemandu lori, Mohd Noor Mat Hassan, 36, berkata tindakan Tan yang disuruh untuk memakai kain pelekat sebelum mengadakan urusan di pejabat JPJ berkenaan adalah wajar.

"Bagi pendapat saya ia adalah patut dilakukan oleh pegawai yang bertugas kerana ia adalah salah satu etika kod pemakaian di sini.

"Papan tanda kod etika pemakaian juga telah dipamerkan di sini, jadi wanita itu perlu mematuhi peraturan di sini," katanya.

Manakala, pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Roy berkata pihak pengurusan sepatutnya perlu mengawasi kod etika pemakaian pelawat yang hadir di setiap pintu masuk pejabat berkenaan.

"Sedangkan warga asing yang datang ke sini pun pakai seluar ini kan lagi kita sebagai rakyat Malaysia yang penuh kaya dengan sifat disiplin.

"Bagi mereka yang tidak mematuhi kod etika pemakaian jangan benarkan mereka untuk memasuki bangunan sebaliknya cuba berunding dengan baik.

"Papan kenyataan menunjukkan pemakaian yang sesuai juga perlu dipamerkan setiap di pintu masuk bangunan bagi memudahkan pelawat untuk mematuhi peraturan," katanya.

Sementara itu, Sis Ying berkata pemakaian yang tidak menjolok mata perlu dipatuhi oleh setiap pelawat yang hadir ke bangunan kerajaan bagi mengadakan sebarang urusan.

"Sesiapa yang mahu datang ke tempat sebegini perlulah memakai pakaian yang tidak terdedah.

"Saya juga pernah ke satu bangunan kerajaan dimana saya telah diberi penerangan bahawa tidak boleh memakai pakaian yang terlalu terdedah. Ia sekaligus mengajar saya sehingga hari ini," katanya.

Terdahulu, Tan telah memasuki pejabat JPJ cawangan Wangsa Maju untuk menandatangani borang pemindahan nama hak milik bagi sebuah kereta yang telah dijual.

Bagaimanapun, Tan yang memakai baju berwarna merah jambu dan skirt merah mendakwa didekati oleh kakitangan premis berkenaan di belakang kaunter mengambil nombor giliran dan diberikan sehelai kain batik.


Kebiasaanya, bagi pelawat yang mahu berurusan di bangunan pejabat kerajaan perlu mematuhi kod etika pemakaian iaitu berpakaian sopan seperti baju berlengan dan berseluar panjang.

Bagi pelawat yang memakai selipar, baju tidak berlengan dan seluar pendek biasanya tidak dibenarkan memasuki premis berkenaan.

Sila Patuhi Kod Etika berpakaian dan pakai pakaian yang sesuai ketika berurusan dengan pihak kerajaan.
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment