Kutipan GST Sehingga Hari Ini lebih RM3 BILLION
Sejak GST dilaksanakan pada April kerajaan telah berjaya merekodkan kutipan sebanyak RM3.37 bilion kutipan Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) .Kutipan bersih setakat ini adalah RM2.9 bilion dan ia adalah hasil daripada kutipan dari syarikat yang mendaftar GST dengan kerajaan.
“Sehingga semalam, 380,313 syarikat dan perniagaan telah mendaftar GST,” katanya di Dewan Rakyat, Khamis.
Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Maslan, memaklumkan ia melebihi daripada sasaran yang dijangka oleh kerajaan sebelum GST dilaksanakan.
Tambahnya 500 program penerangan GST telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan peniaga menguruskan pelaksanaan GST.
Malah kerajaan juga bakal melaksanakan penerangan melalui media massa dan ceramah berterusan kepada golongan sasaran bagi memastikan GST difahami secara keseluruhan.
“Kerajaan juga memberi kelonggaran sehingga 31 September 2015 kepada peniaga untuk mengeluarkan inbois secara manual(bertulis) kepada bercetak dengan syarat mempunyai nombor pendaftran GST,” katanya.
Tambahnya, kerajaan juga menyediakan RM190 juta iaitu seribu ringgit untuk subsidi kepada pemilik syarikat membeli perisian komputer untuk pelaksanaan GST di premis masing-masing.
Sementara itu, 207 kertas siasatan tentang GST telah dibuka oleh Jabatan Kastam dan tiga sudah didakwa.
Sehingga kini 447,236 premis telah diperiksa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan dan 1,282 kes telah disiasat.
Ahmad juga mendedahkan terdapat peniaga yang menawarkan kepada pembeli yang tidak mengambil resit jualan akan mendapat harga lebih rendah berbanding pengguna mendapat resit selepas pembelian.
Kemanakah perginya kutipan cukai ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman oleh kerajaan.
\
0 comments:
Post a Comment