Propellerads

Sabarlah Wahai Rosmah, Moga Allah Bersama Kita

Sabarlah Wahai Rosmah, Moga Allah Bersama Kita


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor diminta supaya sentiasa tabah menghadapi kecaman pelbagai pihak terhadap mereka.

Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, sebagai pemimpin perkara itu merupakan lumrah dunia apabila terdapat pihak yang sering tidak berpuas hati terhadap mereka.

Katanya, walaupun pelbagai perkara telah dilakukan Najib dan kerajaan untuk rakyat, namun ia tidak dapat menghalang perdana menteri dan isterinya daripada difitnah.

"Saya minta Datin Seri tabah. Kalau kita tabah dan kuat, Allah bersama kita.

"Biasalah orang nak mengata. Orang yang mengata itu dia tak tengok diri dia sebelum nak mengata orang lain.

“Saya minta Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib tabah dan Allah akan meredai apa yang kita buat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa majlis penyampaian sumbangan Hari Raya oleh Rosmah anjuran Umno Cheras hari ini.

Sementara itu, pada majlis sama, Rosmah sambil diiringi Syed Ali mengagihkan bantuan zakat dan sumbangan Hari Raya kepada 700 orang yang tidak bernasib baik.

Ia terdiri daripada golongan fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU) sekitar parlimen Cheras.

Sumbangan yang diberikan ialah sebanyak RM100 seorang dan barangan makanan serta keperluan harian.

Menurut Syed Ali, bantuan tersebut merupakan acara tahunan terutama menjelang Aidilfitri.

Katanya, ia bertujuan untuk meringankan beban golongan tersebut sempena Hari Raya yang akan disambut pada 17 Julai depan.
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment