Mati..Mati lah. Kurang Satu Melayu Dalam Malaysia
Dipetik dari Puchong Bikers Puchong Bikers
Assalamualaikum ..Salam bikers semua. kejadian 29-06-2015...
Mohon semua penunggang motosikal berhati-hati dengan pemandu lelaki India proton biru plate WFJ 6067. Kejadian memandu secara melulu semasa waktu puncak petang tadi hingga hampir melanggar pengguna motosikal yang menyusuri laluan kecemasan. Sikapnya telah ditegur seorang pengadu melalui hon motosikal dan beliau memberhentikan keretanya di laluan kecemasan. Rider tersebut kemudian menasihatinya dengan mengatakan bahawa sikapnya akan memberi kecelakaan kepada penunggang motosikal.
Tapi dengan angkuh dia menjawab 'kalau kena langgar, claim saja sama saya'.
Rider tu bagitau 'kamu naik kereta duduk dalam kereta. Kalau kena langgar, penunggang motosikal yang teruk. Silap2 bole mati.'
India tu jawab. ' mati..mati lah. Kurang satu melayu dalam malaysia'.
Rider: hey.. you tak bole cakap macam tu.
India tu terus memandu tanpa rasa bersalah.
Rider pun bergerak semula, namun sikap rasis dan lagak pemanduan yang merbahaya yang ditunjukkan menyebabkan rider berkenaan cuba merakam kenderaan tersebut. sebaik berada di belakang kereta india tu, pemandu terbabit dengan sengaja membrek secara mengejut sehinggakan rider tersebut nyaris melanggar belakang kereta dia. Tindakannya itu memperlihatkan beliau sengaja ingin mencetuskan kemalangan. Rider tersebut berjaya mengelak. Cubaan beberapa kali dilakukannya menyebabkan rider tersebut terpaksa mencelah ke lane kanan dan memotong kereta itu. Kereta tersebut mengekori dan cuba melanggar rider tersebut sebanyak 3 kali lalu rider tersebut memecut kehadapan meninggalkan kereta itu.
Tak cukup dengan itu, apabila rider Kembali ke lane kecemasan, didapati kereta tersebut mengekori dan mencelah2 diantara penunggang motosikal lain untuk mengejar rider tersebut. Sikap dia membahayakan penunggang motosikal yang lain. Lalu memaksa rider tersebut memecut terus ke balai polis utk membuat laporan.
Diharap para penunggang lain yang menyaksikan atau hampir menjadi mangsa sikap tidak bertimbangrasa pemandu itu dapat melaporkan kejadian itu balai polis berhampiran demi keselamatan pengguna jalanraya lain terutama penunggang motosikal.....
0 comments:
Post a Comment