Propellerads

Nazri Akan Digugurkan Selepas Sambutan Aidilfitri

Nazri Akan Digugurkan Selepas Sambutan Aidilfitri



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mungkin mahu menyimpan Menteri Kabinet yang bermasalah kata Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin .

“Hayat politik Nazri mungkin akan berakhir dalam rombakan kabinet selepas Hari Raya nanti kerana Najib (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) tidak mungkin mahu menyimpan terlalu banyak beban dan masalah dalam kerajaan pimpinannya yang sedia rapuh itu.

“Pertelingkahan Nazri dengan TMJ ini sudah pastinya menambahkan lagi pening dan tumbuhnya lebih banyak uban di kepala Najib yang sudah sedia berserabut dalam mendepani serangan serta kritikan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad,” katanya memetik tulisan di dalam blognya.

Menurut Shahbudin, isu Nazri mungkin tidak dianggap sukar oleh Najib sekiranya krisis yang berlaku tidak melibatkan kerabat diraja yang akan mewarisi takhta Sultan Johor.

Malangnya, kini Najib tidak mempunyai pilihan lain selain menyingkirkan Nazri daripada Kabinet kerana tindakan Ahli Parlimen Padang Rengas itu telah mencemarkan imej parti dan kerajaan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan.

“Berbalah dengan Istana Johor, menjadikan dirinya kecaman ramai dan meletakkan kerajaan sebagai bahan cemuhan kerana mempunyai Menteri yang dilihat angkuh dan sombong.

“Malah kedudukan dan nilai diri Nazri sebagai sahabat lama kepada Najib juga makin berkurangan kerana dianggap lebih menyusahkan daripada menguntungkan,” katanya.

Katanya bagi mengembalikan maruah kerajaan yang sudah tercemar kerana memiliki seorang Menteri sedemikian Najib dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengadap Istana Johor untuk menyemesaikan kemelut yang berlaku.

“Jika tidak Najib menggugurkan Nazri, mungkin Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin terpaksa memohon untuk mengadap kepada Istana Johor sebagai langkah penyelesaian seterusnya,” katanya.
Share on Google Plus

About hapdate

Sentiasa komited menghapdate informasi dan berita terkini untuk korang semua.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment